Rasa Rosz


Dikemaskini 11 Apr 2020

Bagaimana Caranya untuk Mengakses Pelbagai Skim Prihatin Covid-19?

Rasa Rosz telah mengumpulkan sedikit maklumat ringkas dan link halaman-halaman rasmi bagi memudahkan ahli-ahli Keluarga Rasa Rosz mengakses skim-skim prihatin COVID-19 yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan institutsi awam.

Kongsikan info

PERINGATAN
Jangan jadi manga penipuan. Pastikan anda berurusan melalui saluran-saluran rasmi sahaja.


Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Isi Rumah

Apr: RM1,000
Mei: RM600

Pendapatan RM4,000 sebulan & ke bawah

Apr: RM500
Mei: RM500

Pendapatan RM2,000 – 8,000 sebulan


Bujang

Apr: RM500
Mei: RM300

Pendapatan RM2,000 sebulan & ke bawah

Apr: RM250
Mei: RM350

Pendapatan RM2,001 – 4,000 sebulan


Semakan & kemaskini dengan nombor MyKad di bpn.hasil.gov.my


Bantuan-Bantuan Lain

Bantuan diberikan secara terus kepada penerima yang layak:

  • Baki bayaran pada Julai untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berdaftar
  • RM500 untuk penjawat awam dan pesara
  • RM600 untuk pemandu teksi dan RM500 untuk pemandu Grab/e-hailing
  • RM200 – 600 untuk petugas barisan hadapan COVID-19
  • RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT)


Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran RM50 – 500 sebulan selema 1-12 bulan bermula Mei 2020 daripada Akaun 2 untuk pencarum berumur di bawah 55 tahun

Permohonan boleh dilakukan melalui i-Akaun, e-mel atau pos/kurier sahaja

Maklumat lanjut di kwsp.gov.my


Pengeluaran Pra-Persaraan PRS

Pengeluaran sehingga RM1,500 tanpa penalti cukai 8% daripada Sub-akaun B untuk pencarum berumur di bawah 55 tahun

Maklumat lanjut (dalam Bahasa Inggeris) di ppa.my


Moratorium Pinjaman/Pembiayaan Bank

Penangguhan automatik pembayaranbalik baki pinjaman/pembiayaan bank yang tidak tertunggak lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020 dalam denominasi Ringgit Malaysia (tidak termasuk kad kredit)

Maklumat lanjut melalui institusi-institusi kewangan:

Bahasa Melayu
Affin Bank Affin Islamic Agrobank Bank Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) Bank Muamalat Bank Rakyat CIMB Bank CIMB Islamic Hong Leong Bank (HLB) Hong Leong Islamic Bank (HLIB) Maybank Maybank Islamic MBSB Bank
Bahasa Inggeris
Affin Bank Affin Islamic Agrobank Alliance Bank Alliance Islamic Bank Al Rajhi Bank AmBank AmBank Islamic Bank Islam Bank of China CIMB Bank CIMB Islamic Citibank Hong Leong Bank (HLB) Hong Leong Islamic Bank (HLIB) HSBC HSBC Amanah Kuwait Finance House (KFH) Maybank Maybank Islamic MBSB Bank OCBC OCBC Al-Amin Public Bank Public Islamic Bank RHB Bank RHB Islamic Bank Standard Chartered Standard Chartered Saadiq UOB


Moratorium Pinjaman PTPTN

Penangguhan automatik pembayaranbalik baki pinjaman PTPTN dari 19 Mac hingga 30 September 2020

Maklumat lanjut di ptptn.gov.my


Moratorium & Diskaun Perniagaan MARA

Penangguhan pembayaran balik dan diskaun 30% penyewaan premis MARA selama 6 bulan bermula 1 April 2020

Permohonan online dan maklumat lanjut di mara.gov.my


Program Subsidi Upah PERKESO

Bantuan kewangan kepada majikan untuk setiap pekerja tempatan bergaji RM4,000 sebulan dan ke bawah selama 3 bulan bermula 1 April 2020

Majikan mengekalkan pekerja untuk tempoh tidak kurang 6 bulan

Majikan & pekerja telah berdaftar/mencarum dengan PERKESO

Majikan telah berdaftar dengan SSM/PBT sebelum 1 Jan 2020

Perusahaan majikan telah beroperasi sebelum 1 Jan 2020

Bagi perusahaan lebih 75 orang pekerja: penurunan 50% atau lebih jualan/pendapatan Jan 2020 atau bulan-bulan berikutnya


Subsidi RM1,200 sebulan setiap pekerja

Perusahaan tidak lebih 75 orang pekerja


Subsidi RM800 sebulan setiap pekerja

Perusahaan 76 – 200 orang pekerja


Subsidi RM600 sebulan setiap pekerja, terhad untuk 200 orang

Perusahaan lebih 200 orang pekerja


Maklumat lanjut di perkeso.gov.my


Pinjaman Mikro PKS BSN dan TEKUN Nasional

BSN Micro/i Kredit Prihatin

Pinjaman maksimum RM75,000 untuk tempoh 1 – 5.5 tahun dengan kadar keuntungan/faedah 0%

Milikan tunggal/perkongsian/syarikat yang beroperasi tidak kurang 6 bulan dimiliki oleh warganegara Malaysia


Maklumat lanjut di BSN Malaysia (facebook.com)


CBRM TEKUN Nasional

Pinjaman RM1,000-10,000 untuk tempoh maksima 3 tahun dengan kadar keuntungan 0%

Peniaga Bumiputera/India yang tidak disenarai hitam/bankrap & memiliki lesen penjaja PBT/pendaftaran SSM


Maklumat lanjut di tekun.gov.my



Kemudahan Pembiayaan Bank Negara Malaysia (BNM)

Kemudahan Bantuan Khas (SRF) COVID-19

Pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh 5.5 tahun (termasuk moratorium 6 bulan) dengan kadar faedah sehingga 3.5%

Terbuka kepada PKS Malaysia yang terjejas oleh COVID-19 untuk membiaya modal kerja (working capital)


Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES)

Pembiayaan sehingga RM5 juta untuk tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sehingga 7%

Terbuka kepada PKS Malaysia untuk membiaya perbelanjaan modal (capital expenditure) dan/atau modal kerja (working capital)


Kemudahan Automasi dan Digital (ADF)

Pembiayaan sehingga RM3 juta untuk tempoh 10 tahun dengan kadar faedah sehingga 4%

Terbuka kepada PKS Malaysia untuk membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan


Kemudahan Agromakanan (AF)

Pembiayaan sehingga RM5 juta untuk tempoh 8 tahun dengan kadar faedah sehingga 3.7%

Terbuka kepada PKS Malaysia untuk perbelanjaan modal (capital expenditure) dan/atau modal kerja (working capital); dan pembangunan projek agromakanan


Maklumat lanjut di bnm.gov.my


Pakej Rangsangan Selangor Prihatin

Insentif Khas Penjaja/Peniaga

RM500 setiap permohohan

Penjaja/peniaga kecil dengan lesen/permit sah PBT Selangor untuk tahun 2020 yang telah diluluskan sebelum 21 Mac 2020


Permohanan dan maklumat lanjut di selangorprihatin.com

Insentif Khas Pesakit COVID-19

RM1.000 setiap pesakit

Pesakit COVID-19 yang berasal dari negeri Selangor


Akan datang




Keluarga Rasa Rosz

Generate extra income, expand your network and learn from the best

Join Now